aku bukan seorang penagih cinta
cintaku sungguh suci
sesuci air dipergunungan
tanpa sebarang pencemaran
aku bukan penagih cinta
kerana cintaku hadir
dari dalam lubuk sanubariku
bukan dari desakan sesiapa
aku bukan penagih cinta
hatiku yang telah kau rampas
hatiku yang telah kau curi
lalu kau bawa pergi bersama dirimu
aku bukan penagih cinta
untukku ratapi
untukku tangisi
pada cintaku yang telah kau bawa pergi
aku bukan penagih cinta
untukku menjerit pada alam
lantaran aku terluka
oleh sikapmu yang terus dingin
terhadap diriku
aku bukan penagih cinta................

No comments:
Post a Comment