Friday, 27 January 2012

~ rain ~



terlalu sedih tuk memperkatakan
terlalu sedih bila menghayati
dan bertambah sedih dengan apa yg berlaku
seperti kata lagu tersebut
it will rain, rain, rain.....
everyday

sukar tuk melepaskanmu
sebenarnya tidak ingin melepaskanmu
tp siapa aku tuk menghalang kamu
aku tak mampu...
aku hanya bisa berharap
agar kamu tetap kekal menjadi milikku

sayang aku pada kamu bukanlah satu mainan
ia lahir dari hati
tanpa sebarang paksaan
dan ia sangat dalam
dan akan sentiasa kekal dalam hati

biarlah ia menjadi rahsia hati
tidak mungkin aku menjerit
agar kamu tidak meninggalkan aku
meskipun ia akan membunuh diriku
aku rela..
kerna aku tidak ingin melihat kamu
terus derita bersamaku...
menunggu hari2 itu
yang tak mungkin akan muncul
dalam hidup kita
tanpa keizinanNya...

Monday, 16 January 2012

❤ MAKSUD PEMBERIAN/HADIAH LELAKI KPD PEREMPUAN ❤

✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu ツ
✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi ツ
✔ GELANG → Tanda mesra ツ
✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian ツ
✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan ツ
✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin ツ
✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu ツ
✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi ツ
✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta ツ
✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan ツ
✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur ツ
✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang ツ
✔ COKLAT → Semanis cintamu ツ
✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan ツ
✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat ツ
✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup) ツ

#Tetapi hadiah yang paling di nanti2kan oleh setiap perempuan adalah...
❤ MASUK MEMINANG → Tandanya dia serius dan betul2 ikhlas mencintai kamu ♥

terjemahan surah al-fajr ~~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

1: Demi fajar. 
2: Dan malam yang sepuluh. 
3: Demi genap, demi ganjil. 
4: Dan malam apabila ia berlalu.
5: Bukankah pada yang demikian itu suatu sumpah bagi orang yang berakal?

6: Tidakkah engkau perhatikan bagaimana Rab (Tuhan) engkau lakukan kepada kaum ‘Ad?
7: (Iaitu penduduk) Iram yang mempunyai bangunan tinggi.
8: Yang belum pernah dibina serupa itu di negeri-negeri lain.
9: Dan kaum Samud, (iaitu orang) yang memotong batu-batu besar di lembah.
10: Dan Fir'aun yang mempunyai bala tentera.
11: Yang melampaui batas di negeri itu.
12: Mereka banyak melakukan kerosakan di dalamnya.
13: Maka Rab (Tuhan) engkau menimpakan cemeti azab ke atas mereka.
14: Sesungguhnya Rab (Tuhan) engkau sentiasa mengawasi.

15: Maka perihal manusia itu apabila Rab (Tuhan)nya menguji dengan memuliakan serta diberikan nikmat, maka dia akan berkata: “Rab (Tuhan)ku memuliakan daku.”
16: Tetapi apabila Dia (Allah) menguji dengan menyempitkan rezeki, maka dia berkata: “Rab (Tuhan)ku menghinakan daku.”
17: Sekali-kali bukan (demikian), bahkan kamu tidak memuliakan anak-anak yatim.
18: Dan kamu tidak saling mengajak kepada memberi makan orang miskin.
19: Dan kamu memakan harta warisan orang dengan loba.
20: Dan kamu terlalu mencintai harta secara melampau-lampau.

21: Sekali-kali tidak, apabila bumi ini dihancurkan sehancur-hancurnya.
22: Dan datang Rab (Tuhan) engkau dengan malaikat berbaris-baris.
23: Dan pada hari itu didatangkan Neraka Jahanam, dan pada hari itu manusia akan ingat tetapi tidak berguna ingatan itu.
24: Dia berkata: “Alangkah baiknya sekiranya aku (dahulu) bersedia untuk penghidupan ini.”
25: Maka pada hari itu tidak ada sesiapa dapat menyeksa sebagaimana seksaan-Nya (seksaan Allah).
26: Dan tidak ada sesiapa dapat mengikat seperti ikatan-Nya (ikatan Allah).

27: Wahai ‘al-nafs al-mutmainnah’ (jiwa yang telah mencapai tahap ketenangan). 28: Kembalilah kepada Rab (Tuhan) kamu dalam keadaan reda dan diredai.
29: Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku (hamba-hamba Allah).
30: Dan masuklah ke dalam jannah (taman/syurga)-Ku (jannah Allah). 

Ciri – Ciri Lelaki Yang Meluatkan ~~

1. Meninggikan Suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. Mengongkong
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu.

Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka. Haa macam mana tu?

3. Cemburu Buta
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.

Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

4. Panas Baran
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain.

Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

5. Kaki Merokok
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan.

Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

6. Ego
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis.

Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

7. Menipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri.

Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

8. Main Kayu Tiga
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

9. Suka ‘Cuci Mata’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

10. Perasan Terlebih
Aduhaiii…lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih.

Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu…ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…hahaha sedarlah!

11. Mementingkan Diri Sendiri
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya.

Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai tau.

12. Kurang Memberikan Perhatian
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.

Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

13. Mata Duitan
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran.

Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

14. Terlalu Komited Dengan Kerjaya
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun.

Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

15. Pengotor
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.

Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. Gelojoh
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. Pentingkan Kawan-kawan Sendiri Saja
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal.

Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia.

Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
Sebenarnya banyak kes pergolakan @ konflik rumahtangga yang terjadi disebabkan oleh perkara ini. Jadi para lelaki semua, terutamanya suami, sila ambil perhatian tentang perkara ini ya.

18. Tidak Tahu Menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini.

Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. Putar Belit
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri.

Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. Terlalu Kontrol Macho
Perrghh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. Hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO.

Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

‎10 Ciri Lelaki Kasanova

1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulus. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. Namun harus di ingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan. Sedikit demi sedikit si dia akan menunjukkan taringnya.

2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa.

3. Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. Siapa yang akan sampai dahulu.

4. Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahannya sendiri.

5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.

6. Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh.

7. Apabila keluar dengannya, dia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belakang kamu. Tetapi dia memang peramah dengan semua orang.

8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani minta wang untuk di pinjam. Tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha… alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.

9. Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. Jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.

10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.
 

KEHARMONIAN RUMAHTANGGA

Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtanga dan Rasulullah s.a.w. telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda:

1. Tidur dalam selimut bersama isteri.. Dari Ata' bin Yasar, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangkit?" Jawab Aisyah, "kerana saya ada haid, wahai Rasulullah." Sabda Rasulullah: "Kalau begitu pergilah, lalu berkailah dan dekatlah kembali padaku. Aku pun masuk lalu berselimut bersama beliau."
(Hadis Riwayat Said bin Mansur)

2. Memberi wangi-wangian pada aurat, Aisyah berkata: "Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan mulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi ) dan isterinya baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

3. Mandi bersama-sama isteri. Dari Aisyah r.a. beliau berkata: "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut)."
(Hadis Riwayat Abdirrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

4. Disikatkan oleh isteri. Dari Aisyah r.a., beliau berkata: "Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w.. ketika itu saya sedang haid".
(Hadis Riwayat Ahmad)

5. Meminta isteri meminyaki badan. Dari Aisyah r.a., beliau berkata: "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w.. pada hari Raya Aidil Adha setelah beliau melakukan Jamrah Aqabah,".
(Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir)

6. Minum bergantian pada tempat yang sama. Dari Aisyah r.a., dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut,lalu menghirup isinya, kemudian baginda mengambilnya dari saya, lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu baginda pun menghirupnya.
(Hadis Riwayat Abdulrrazaq dab Said bin Mansur)

7. Mencium isteri. Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya."
(Hadis Riwayat Abdurrazaq)
8. Memanggil dengan panggilan mesra. Rasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukai seperti Aisy dan Humaira (Pipi Merah Delima)

9. Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra. Nabi s.a.w. biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan baginda berkata," Wahai Uwaisy, bacalah doa: "Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkan kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.
(Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

10. Membersihkan titisan darah haid isteri. Dari Aisyah r.a., dia berkata, "Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w. di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darah ku menitis di atas tikar itu, baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu pula, lalu baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu..."
(Hadis Riwayat Nasai)

11. Memberikan hadiah. Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, baginda bersabda kepadanya, "Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepada ku, aku akan memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut baginda berikan kepad Ummu Salamah."
(Hadis Riwayat Ahmad)

12. Segera menemui isteri apabila tergoda. Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat wanita, lalu baginda masuk ke tempat kediaman Zainab untuk melepaskan keinginan baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda: "Wanita kalau mengadap, ia mengadap dalam rupa syaitan.. dan apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu."
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w. kepada isteri baginda, memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan sikap kerana sikap dan perbuatan baik cara yang paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan sayang antara suami dan isteri. Inilah teladan yang perlu dicontohi........

drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu ...x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :
" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :

" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor tu sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengkebumian anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah ♥

Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah “handsome kah aku? adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?"

Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :

1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?

2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudup aku?

3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?

4. Selama ini adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah?

5. Ikhlaskah aku dalam beramal?

6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?

7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?

8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?

9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?

10. Adakah solat malam menjadi kebiasaan aku?

11. Adakah aku bertawakkal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?

12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?

13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?

14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?

15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?

16. Adakah aku seorang pemaaf?

Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita solehah!

“LELAKI YG BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK…” insyaAllah…=)