Wednesday, 28 December 2011

hanya aku yang mengerti ~~

pagi yang suram..
sesuram hatiku..

disaat aku benar-benar memerlukan sinar..
tuk menceriakan suasana..
tak mungkin kau akan mengerti
apa yang aku alami..

heheee..
ketawa..
itu yang bisa buat aku
kelihatan cerie
untuk menutup segala gundah gulana
yang bersarang..
biar apa pun tanggapan kau
hanya aku yang mengerti..








terbanglah sayang ~~



aku akan membebaskanmu wahai kesayanganku
terbanglah ke mana sahaja kesukaanmu
carilah kebahagianmu
di mana juga tempatmu
aku akan tetap menyayangimu
andai engkau kembali padaku
aku tetap akan membelaimu
seperti kebiasaanku...

sayang kamu selamanya... ♥

Tuesday, 27 December 2011

duhai angin ~~

duhai angin yg bertiup
bertiuplah dengan sepoi
agar aku dapat merasa
belaian lembut darimu
akan ku peluk diriku
agar terasa tenang dan nyaman
ingin ku nikmati dirimu
sehingga diri benar2 terbuai
akan kemesraan darimu
agar hilang segala gundah gulana
yang bersarang di hati..

duhai angin..
mengertilah dirimu
aku benar2 ingin
melupakan kepiluan dan kesedihan
yang bersarang dihati
hapuskanlah kepiluan itu
belailah diriku..
belailah diriku
agar diriku terasa hangat oleh belaianmu
semoga terhapus segala duka dan lara...

duhai angin... ♥





Sunday, 11 December 2011

aku bukan seorang penagih cinta.. ~~

aku bukan seorang penagih cinta
cintaku sungguh suci
sesuci air dipergunungan
tanpa sebarang pencemaran

aku bukan penagih cinta
kerana cintaku hadir
dari dalam lubuk sanubariku
bukan dari desakan sesiapa

aku bukan penagih cinta
hatiku yang telah kau rampas
hatiku yang telah kau curi
lalu kau bawa pergi bersama dirimu

aku bukan penagih cinta
untukku ratapi
untukku tangisi
pada cintaku yang telah kau bawa pergi

aku bukan penagih cinta
untukku menjerit pada alam
lantaran aku terluka
oleh sikapmu yang terus dingin
terhadap diriku

aku bukan penagih cinta................




salahkan aku.. terus salahkan aku... :(

hmmm...
kenapa sering pandang serong dengan apa yang aku perkatakan
kau tahu?..
kau yang sering buat aku rasa kecewa dengan kau
selalu niatku kau salah tafsirkan
kata-kataku..
kau pasti tuduh aku dengan perkara-perkara.........
kau langsung tak cuba fahami aku
kau langsung tak fikir perasaan aku
kau langsung tak peduli...
kau hanya fikir diri kau..
bila aku senyap, kau cakap aku merajuk
kau langsung tak faham
aku terluka, kau tau tak
......................................
........................................
..............
.............
...............
.............
...............
...........
biarlah aku pendam luka ini
biar aku menangis sendiri
biar aku tanggung sendiri..
kau tak mungkin akan faham tuk selamanya.. aku pasti..
andai saja aku seorang yang keji
telah lama aku lari....

salahkan aku... terus salahkan aku...
memang selamanya kau akan salahkan aku...
aku pasti itu...... :((




Saturday, 3 December 2011

airmata setia ~~




biarkan airmata ini mengalir
untuk membasuh segala luka
biarpun tidak dapat menyembuhkan
segala luka di jiwa
namun ia dapat menghentikan
dari terus mengalirkan darah
biarpun parutnya terlalu dalam
dan tidak mungkin akan hilang
airmata yang setia
sembuhkanlah derita ini
tidak peduli betapa pedih
dan sakitnya yang dirasai
sekurang-kurangnya akan terubat juga
dengan kehadiranmu
agar hilang sedikit beban
yang ditanggung oleh jiwa..



dingin ~~




terlalu hiba perasaan ini
terasa tidak layak unutk menuturkannya
apatah lagi ia berkaitan kita
kita yang dahulunya terlalu indah
kita yang selalu menghiasi warna pelangi
kita yang mengcorakkkan awan
kita yang sering menyimpul bintang
kita yang sering menyemai benih-benih impian
kini ia sepi
sesepi sebuah kutub 
yang dingin untuk ditakluki
menanti kehangatan
yang hadir untuk menghangatkan 
sebuah jiwa yang kian beku
hanya menunggu matinya sebuah rasa
antara kau dan aku..