Tuesday, 29 November 2011

hanya mampu berserah ~~





Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Sunday, 27 November 2011

sepi duniaku ~~

heheee.. dengan sekelip mata
duniaku berubah menjadi sepi
aku kehilangan segalanya
aku tak tahu di mana silapnya
aku cuba menjadi teman yang baik pada semua
aku ingin melihat mereka gembira
dengan itu, aku juga turut merasa gembira
biarlah hanya zahir
aku puas
tapi sekarang...
aku betul-betul sepi
tiada apa lagi yang boleh aku buat
ingin bermesra..
takut akan salah ditafsirkan
teman dianggap kekasih
kawan dianggap musuh
andai ini yang terbaik untuk aku
biarlah aku terus menyepi...
dan sepi itu menjadi duniaku...





pelik kan.. ~~

cinta itu memang pelik
tidak hairan jika saling mengenali
tapi kita.. sebaliknya
tidak pernah saling mengenal
dengan hanya perkenalan beberapa ketika
kita sudah mula merasa sayang, kasih, rindu
adakah kita keliru
dengan situasi kita
adakah kita saling memerlukan
atau....
benarkah kau tidak pernah kisah tentang diriku
atau kau akan kisah bila bertemuku
benarkah kau tidak pernah membayangkan apa-apa tentang aku
kau hanya menerima aku sebagaimana aku
yang tidak pernah kau kenali
bolehkan cinta wujud sebegitu
tanpa mengenal orang yang dicintai
masih punyakah cinta yang sebegitu
menyayangi seseorang kerana merasa selesa dengannya
tidak mengenal paras rupa
berbezaan darjat, umor
aku memang keliru dengan semua ini
benarkah itu cinta
atau ia adalah nafsu semata
setelah aku kau kenali
bisakah kau masih mencintai aku
atau kau akan buang begitu sahaja...





maafkan aku ~~

teman..
maafkan aku
bukan niatku untuk melukakan hatimu
tapi aku terpaksa memilih
antara dia dan kamu
aku gembira bersama kamu
kamu yang membuat duniaku berubah
cerie dengan segala aktivi
dengan segala majlis
dengan segala kegiatan yang telah kita rancang
tapi lebih ramai yang tak suka kita bersama
ada sahaja kesalahan yang kita lakukan
di mata mereka
begitu juga dia
dia juga tidak suka aku teribat dengan kamu
aku terpaksa memilih antara kamu dan dia
aku sayang kamu
aku cinta dia
kamu sahabatku
dia kekasihku..
terlalu sukar rasanya
biarlah aku undur diri
untuk memuaskan hati dia
maafkan aku teman
kita masih bisa berkawan
cuma tidak selalu bisa berdampingan....




dalam dilema ~~

aku dan kau sudah tidak sefahaman lagi
walaupun aku tidak pernah berkasar
bersuara...
tapi itulah yang menjadi punca
kau bertambah baran denganku
bukan caraku untuk menghangatkan keadaan
tapi sememangnya hatiku telah luluh kerna kau
sehingga satu ketika kau menyatakan
hasrat untuk melepaskan aku
jika itu adalah kemahuanku
sebenarnya aku suka
tapi aku juga berfikir
segala kemungkinan
semua permasalahan dan risiko
bukan antara kau dan aku
tapi ..
antara mereka disekeliling kita
aku tidak mahu mereka menjadi mangsa
kerana aku tidak pernah mementingkan diriku



kecewa ~~

kecewa.. itulah yang boleh aku katakan
dengan setiap apa yang berlaku
kau memang tidak pernah memahami aku
semua yang aku lakukan
ada saja kesalahan dimata kau
sehingga aku tidak bisa merasa bebas dengan apa yang aku lakukan
teman-temanku menjadi musuh kau
aku tidak bisa bergerak semahuku
malah kata-kata kesat selalu kau taburkan
diriku langsung tidak kau hargai
apakah itu kasih sayang yang kau maksudkan
mencerca aku semahu kau
aku malu dengan teman-temanku
dengan perbuatan kau
malah temanku juga kau herdik
kau memang tidak pernah memikirkan perasaan orang lain
kau hanya pentingkan diri kau
perasaan kau sahaja..
maaf jika aku terus dingin dengan diri kau
kau seharusnya lebih mengerti dengan apa yang aku alami...





Monday, 14 November 2011

me, him, you n her...

tidak pernah terfikir pun walaupun sedetik
kita akan tempuh situasi sebegini
aku dengan dia
kau juga dia
memang perasaan itu tidak boleh dipaksa
tetapi kenapa ia hadir antara kita
kau dan aku
aku sayang kau
dia juga sayang aku
begitu juga dengan dia
dia juga sayang kau
aku tidak tahu bagaimana ia terjadi
yang aku tahu..
aku suka kau
sayang kau
rindu kau
kau juga begitu
yang aku tahu
itu juga perkataan yang sering kau ucapkan kepadaku
suka aku
sayang aku
rindu aku
kita punya perasaan yang sama
tapi..
bagaimana perasaan mereka
dia sering mengucapkan
perpisahan jika kau sudah punya yang lain
tapi diwaktu itu juga
dia tetap merasakan kesedihan
andai itu yang berlaku
aku..........
aku cinta kau
dalam hati aku hanya ada kau
kesedihanku kerana kau
kegembiraanku juga kerana kau
atau aku buta dalam semua ini
aku ingin memilih kau
aku tak sanggup kecewakan dia
jiwa aku menderita
namun aku tidak mahu mempamerkan itu pada dia
aku mahu dia nampak aku ceria
seperti tiada apa yang berlaku...
kau..........
kau juga punya dia
dia yang menyayangi kau
dia yang merindui kau
dia yang mencintai kau
dia yang mengharapkan kau...
aku pernah usulkan perkara ini kepada kau
dia dan dia
bagaimana kita hendak selesaikan
kau pernah berkata
yang kau dengan dia
adalah perkara lama
ia adalah sejarah..
tapi dia tetap inginkan kau
sedangkan aku
aku dan dia
juga tidak pernah selesai
dia rela lepaskan aku
andai itu yang aku inginkan........
aku sayang kau
tapi aku tidak pasti antara kau dan aku
kita tak pernah rancang apa-apa
kita cuma menginginkan
tapi belum benar2 menginginkan
kita masih baru
biarlah masa yang menentukan...






Friday, 11 November 2011

kosong ~~

aku sudah tidak pasti lagi apa yg berlaku
aku dan kamu
aku cuma mahu yang terbaik untuk kamu
aku cuma ingin kamu bahagia
aku tidak mahu kamu terus derita bersamaku
biarlah aku menangis
aku sanggup korbankan diriku
tuk buat kamu ceria
andai kamu bisa mengerti

tapi tidak..
kamu tidak mengerti apa-apa
malah kamu menyalahi aku
kamu tidak nampak
kamu tidak bisa lihat
kamu tidak bisa merasakan

aku akan terus mencintai kamu
biarlah hanya aku yang tahu
aku hanya mampu berdoa
memohon yang terbaik tuk kita
andai ada jodoh antara kita
biarlah sesulit mana pun
kau tetap kan menjadi milikku
jika tiada..
aku hanya mampu memohon
agar kau sejahtera dan bahgia
jangan ada rasa benci dan dendam terhadapku

aku sangat sayang kepada kamu
perasaan itu, kamu yang cipta
tidak mungkin aku akan padam semudah itu
apa pun aku hanya ingin yang terbaik untuk kamu.....





Wednesday, 9 November 2011

pelayaranku ~~




Aku mendayung
Mencari arah tujuku
Meninggalkan dataran
Suatu tempat yang telah aku singgah
Bukan bermaksud melupakan tempat itu
Tapi.. aku ingin mencari ketenanganku
Mencari kebahgiaanku
Walaupun terpaksa menempuh
Ombak dan badai
Aku terus mendayung
Sehinggalah aku berjumpa
Dengan seseorang yang hampir sama seperti aku
Mendayung mencari kegembiraan dan hiburan
Walaupun niatnya berbeza..
Tapi kami sehaluan
Aku gembira
Aku sudah punya teman
Berdayung seiringan
Bersama bermain arus
Sehinggalah suatu masa
Dia pergi meninggalkan aku
Memang sedih..
Teramat sedih…….
Aku teruskan perjalananku
Mendayung dan terus mendayung
Di mana terdapat destinasi menarik
Aku akan jadikan tempat persinggahanku
Biarpun hanya tuk sebentar
Kini.. tempat yang aku dambarkan
Telahku jejak
Aku amat bahgia di sini
Aku dapat ketenangan
Dengan pohon-pohon
Dan bayu yang bertiup
Buat aku rasa damai
Aku ingin, aku kekal di sini
Meniti saat bahagiaku di sini
Bersama kamu yang aku temui
Namun… ia tidak seperti  yang diharapkan
Badai tiba-tiba datang
Memusnahkan impian.. harapan
Tolonglah aku
Aku tidak ingin berdayung lagi
Aku tidak ingin meninggalkan kamu
Kamu adalah destinasiku
Biarlah tercalar luka
Sedar atau tidak kamu akan aku
Aku akan terus berpaut
Biarlah masa yang menentukan
Perjalanan pelayaranku…..

pasrah ~~


cerie tak cerie..
aku tetap begini..
mana mungkin akan ku tunjukkan 
hatiku yg luka berdarah..
kerana aku pasrah..
andai ini yang telah ditetapkan untukku
aku redha walaupun pahit terasa
kerana Dia yang telah menetapkan
perjalanan hidupku sebegini
ku akur...
ku hanyalah hambaNya yang lemah
Dia yang lebih mengetahui
segala-galanya...........
terima kasih tuhan....




sepi ~~

aku rindu kamu
wlaupun antara kita.....

aku tidak mahu fikir apa2 tentang itu
aku ingin kelihatan cerie
seperti cuaca pagi ini
memancarkan sinarnya

wlaupun dalam hati
terdapat batu besar
yang menghimpit 
terasa sesak nafas
terasa sebak
akanku harungi juga
jika itu yang kamu inginkan

aku ingin tenang
biarpun hanya dihadapan kalian
dihadapan kamu
biar lukaku
biar dukaku
hanya aku yang tahu

tak mungkin aku
biarkan kawan2 ku
nampak akan penderitaanku
dengan apa yang aku alami
aku masih boleh hidup seperti kalian
percaya lah
aku masih tetap boleh tersenyum
biarpun tawar

ketawaku
manjaku
kenakalanku
hnya tuk menutup kesedihanku
kelukaanku.....







Saturday, 5 November 2011

selamat pagi cinta ~~

selamat pagi sayang
selamat pagi cinta............
bila dengar irama ini..
hati juga turut bergetar..
syg..
aku teramat menyayangi kamu
samada kamu sedar atau tidak..
aku ikhlas dengan kamu
kerana cinta kita tidak seperti orang lain
kita hanya berpegang kepada janji 
dan kata hati...
syg..
selagi aku diperlukan..
aku akan terus bersamamu..

I love U, syg...